KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada anak buahnya Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan keseluruhan mereka pada Terbuka Malaysia 2024.
Bin Shen mengakui Aaron-Wooi Yik masih lagi melakukan beberapa kesalahan kecil dalam corak permainan yang sedikit sebanyak mengundang padah kepada mereka sehingga disingkirkan di peringkat suku akhir oleh juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 21-16, 18-21, 13-21, malam tadi.
Mengulas lanjut mengenai perlawanan semalam, jurulatih berusia 39 tahun percaya pasangan negara yang turun selaku pilihan ketiga itu mampu bermain lebih baik daripada apa dipamerkan sebelum ini namun kesilapan di set penentuan menjejaskan peluang mereka untuk mara ke separuh akhir.
"Masa paling penting 11-10 (ketinggalan di set ketiga) itu sangat penting, kerana sebaik sahaja (mereka) lakukan kesilapan kecil, ia akan menyebabkan lawan semakin yakin," katanya kepada pemberita selepas perlawanan, semalam.
Kekalahan dialami juara dunia 2022 menyaksikan Malaysia terus kempunan untuk mendakap kejuaraan di laman sendiri selepas legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul pemain tempatan terakhir memenanginya pada edisi 2018.
Pasangan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tumbang di peringkat sama semalam di tangan juara edisi 2022 Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, 15-21, 9-21 dalam masa 34 minit.
Ditanya sama ada pencapaian mara sekurang-kurangnya ke suku akhir sudah cukup buat Aaron-Wooi Yik mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, bekas pemain negara itu sebaliknya optimis pemenang gangsa Tokyo 2020 itu berpeluang cerah ke temasya sukan besar dunia tersebut.
Berdasarkan ranking Race to Paris, Aaron-Wooi Yik kini muncul pasangan negara yang menghuni kedudukan teratas menerusi tempat keempat dengan 83, 854 mata.
Sebuah negara hanya boleh mempunyai maksimum dua wakil dalam setiap kategori dalam Sukan Olimpik jika kedua-duanya berada di kedudukan lapan teratas.
Kelayakan Race to Paris yang bermula Mei lepas dijadual berakhir 28 April ini.
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengambil tanggungjawab serta memohon maaf terhadap kegagalan pemain negara pada Terbuka Malaysia 2024.
Biarpun memahami kekecewaan dialami peminat serta penaja BAM, Rexy berkata mereka tekad berusaha lebih baik lagi dengan memberi motivasi kepada para pemain khususnya dalam memperbaiki kesilapan yang ada pada dua kejohanan terdekat iaitu Terbuka India dari 11-14 Jan ini serta Masters Indonesia dari 23-28 Jan.
"Saya harapkan pemain-pemain lakukan bersungguh-sungguh untuk setiap kejohanan yang akan mereka ikuti, cabar diri anda dan sentiasa bisikkan bahawa anda boleh melakukannya dan berjuanglah dengan hati singa, kerana setiap langkah bukanlah cara mudah untuk meraih impian anda kerana setiap pemain di seluruh dunia mempunyai impian yang sama seperti anda. Moga tuhan merestui," katanya pada laman Instagram hari ini.
Aaron-Wooi Yik muncul satu-satunya wakil di bawah naungan BAM yang mara ke suku akhir manakala pemain lain termasuk beregu wanita utama, Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempuh episod mendukacitakan selepas 'bungkus awal' pada kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.
Nasib pula tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, yang terpaksa menarik diri selepas ketinggalan 8-12 pada set pertama kepada pemain Jepun, Koki Watanabe, susulan kecederaan belakang dialami ketika mahu melakukan pukulan smash, pada pusingan pertama, Rabu lepas,
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Bin Shen mengakui Aaron-Wooi Yik masih lagi melakukan beberapa kesalahan kecil dalam corak permainan yang sedikit sebanyak mengundang padah kepada mereka. - Foto Bernama
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Fahami budaya badminton Malaysia terlebih dahulu
Penetapan kriteria itu perlu merangkumi kemampuan individu terbabit untuk mengenali budaya sukan badminton di Malaysia.